Lagi berapa hari dah nak exam ieda oiii ! tapi still nak online jugak kenapa ? haihh
Tak boleh la kalau sehari tak online weyh. Tapi kadang kadang pun aku on pc ada sebab cari benda yang penting. Bukan on pc nak online je okay. Bahagi kan masa online pun tak lama sangat. Then study (itu pun kalau otak mata ni rajin nak membaca la.)
Sejak mama pergi lumut, ttbe aku demam. Sebab khamis pukul 2 PAGI kan hujan, kilat pulak tu. Mesti korang tanya apa mengena dengan hujan ni kan. Sebab aku terkejut la. Terus terjaga.. time tu k.ieyja sedar aku terus terbangun. Sampai pukul 4 tak tidur tidur lagi sebab takut. Ha masa darjah empat pun pernah jadi macam ni. Terus demam sakit kepala. Jangan cakap aku ni macam budak budak lagi dah la.
Pagi jumaat *hari ini, degil nak pergi sekolah. Pagi tu jugak suara aku tak ada weyh. Dengan muka toya jerit kuat kuat sampai ada suara. alahai terus sakit tekak. Tonsel bengkak balik. Dah sampai sekolah ttbe rasa bahang berpeluh satu badan, pening macam ada orang main cucuk cucuk kepala aku ni =,= ya allah tuhan saja la yang tahu keadaan aku weyh. Berapa jam kemudian dah rasa okay sikit. Boleh la main gurau gurau. Tapi kepala still K.O sampai petang.
Ma balik cepat ! nak pergi klinik. Dah lama tak check kesihatan ni dari tahun lepas lagi !
Khamis, jumaat, sabtu dan ahad mama papa tak ada. So yang ada dekat rumah ieyja and ayoi. Kitaorang bahagi kan tugasan kemas rumah secara bergilir gilir. Semalam turn ieyja. Hari ini turn aku pulak. Demam pun buat jugak kan. Esok ayoi. Lusa ha tak payah sebab mama dah balik. Kehkehkeh
Isnin dan selasa bi ada PLBS. Oh my god ! weyh aku tak reti la nak buat cerita cerita ni. Jangan gelak la okay kalau ayat aku ni macam Eng-lish-ke-ling ye. Ada dua hari aku boleh fikir lagi nak buat apa untuk bi ni.
So korang chaiyok chaiyok ye untuk exam nanti :)