Emak tu mama. Okay ? Tapi saya nak bahasakan mama tu emak so tade la orang mungkin rasa saya mengada-ngada manja la sangat nak ber-mama-mama dekat blog Sebab entry ni saya nak anda semua rasakan yang sebenarnya panggilan emak tu macam garang semacam dari mama/ibu/mommy/umi/bonda/dan sebagainya. (eleh padahal entry yang dah lepas ada jugak panggil ‘’mama’’)
"Weyy mati lah emak aku tau aku masak kari tertaruk rempah kurma ayam, mati ni emak aku tau dohh. Dah emak dah nak sampai dari kampung." (okay ni saja-saja)
Serious oh panggil emak tu apahal nak garang sangat huhh ?
Okay-okay serious. Buat muka kerut semua.
1. Emak saya, Zaleha Binti Hj Idris. Emak selalu menyampah kalau ada je cerita yang emak tengok yang ada watak nama dia Mak Leha, Kak Leha etc sebab nama tu sinonim dengan wanita mulut kepoh atau bini kecoh dari suami. Kalau ada watak nama sama dengan emak mesti anak-anak dia cakap "HAHA sama la watak mama dengan watak dalam cerita ni". Lepas tu anak dia kena hempuk dengan bantal. Fuhh panjang gila nak memperkenalkan emak saya hanya sekadar dengan nama sahaja.
2. Emak saya, umur 54 tahun (tahun ni) A very young woman. Orang cakap bila emak jalan sebelah dengan Abang Boy, orang ingat Abang Boy husband emak. Memang emak muda habis kan ? Eh ke Abang Boy yang nampak tua ? Konfius jap.
(Apahal tak sedap panggil mama ni emak. Tukar tukar. Mama lah. Macam saya cerita emak sapa-sapa entah)
3. Mama saya, ada anak 6 orang sahaja. Sahaja okay, sahaja.
4. Mama saya, asal dari Kuala Kangsar. Jumpa jodoh sama se-negeri. Yakni papa saya.
5. Mama saya, cool habis. Nak kata garang, takda lah sangat. Ke garang ? Eh tak ? Eh ye garang. Ha nak tau sangat pergi la tanya kawan kawan saya yang memang kenal mama saya.
6. Mama saya, tak reti duduk diam. Kalau duduk diam tak buat kerja, nanti datang lah demam dia, selsema dia, sakit itu ini. So mama kena ada kerja baru tak datang penyakit-penyakit dia.
7. Mama saya, superwoman. Mama larat angkat tong gas dari dapur sampai depan rumah, dari depan rumah sampai ke dapur. Padahal saya main guling-gulingkan bontot gas tu sebab terlampau berat walaupun kosong dalam tu. Gila kuat kan ?
8. Mama saya, drama queen. Hebat habis!
9. Mama saya, pandai memasak. Korang sebut je suruh masak apa. Satu kawah mama boleh kasi.
10. Mama saya, ada cucu kepada 3 budak nakal pun sama tak reti duduk diam macam opah dorang.
11. Mama saya, dah pencen. Dulu mama seorang setiausaha di Kraftangan Malaysia. Bab short hand, typing, dengar orang cakap then tulis sebutir-butir kat paper semua superb. Typing tak nak kalah, mata pandang skrin je tak pandang keyboard. Kalau anak dia buat folio, taip salah mesti kena membebel dekat telinga. Tak pasal-pasal kena buat dan print balik.
12. Mama saya, cukup marah kalau anak-anak menantu dia tak reti memasak. Huhhhh nasib baik saya reti memasak. Kehkehkeh..
13. Mama saya, kelakar. Kadang-kadang kalau dah duduk beramai-ramai satu keluarga, entah apa statement mama keluarkan yang tak tercapai dek akal.
14. Mama saya orang pertama ajar saya mengeja jawi secara short form. Macam ni, paw wau nga gung (punggung), bau wau nun tot (bontot) dan pau ka ya (pikir sendiri). Ini semua ajaran mama kpd saya, masa tu tengah blackout, mungkin mama boring so dia ajar anak-anak dia mengeja entah apa-apa. Layan kan je, lagi-lagi perkataan pau ka ya tu dia ajar k.ieyja, ya Tuhan sumpah kelakar mama saya suruh k.ieyja pikir tu ayat apa. (ini tipu sikit. Sebab saya belajar jawi dari sekolah rendah lagi)
15. Mama saya kan, belajar tak tinggi mana. Sampai SPM je. Tapi dia sunguh-sungguh nak tengok anak-anak dia belajar tinggi-tinggi dari dia. Sebab dia cerita, dia ada peluang belajar lepas SPM tapi takda duit masa tu sebab arwah atok ramai lagi anak-anak nak ditanggung so mama berkorban untuk adik-adik dia, yakni pakcik makcik saya.
16. Mama saya kan, english dia perghhh!! Tak boleh lawan.
17. Mama saya kan, suka cari duit. Tak kira la cara macam mana pun. Terutamanya contest di radio. Ke hulur ke hilir mama bawak mini radio dia tu.
18. Mama saya kan, kalau 1st day hari persekolahan masa sekolah rendah dulu, mama tak pernah pun teman saya pergi beratur kat tapak perhimpunan tu. Cukup sekadar hantar depan kelas dan balik.
19. Mama saya, kalau dia start bercerita, tanak kalah. Mesti nak menang. Yela tau la mama "always right"
20. Mama
21. Mama saya, suka berkaraoke di kenduri kahwin sanak saudara. P. Ramlee lagu kegemaran nya.
22. Mama saya kan, selalu dating joging sama-sama dengan papa naik motor pergi Tasik Shah Alam tinggalkan anak-anak dorang terkontang kanting kat rumah. (kalau ada masa sahaja)
23. Mama saya, hanya bagi duit tak lebih dari RM20 kalau saya dapat keputusan peperiksaan. Bukan macam mak korang, keputusan biasa-biasa dah beli barang branded. (kan dah kena)
24. Mama saya, jarang sekali beli permainan saya masa saya kecik-kecik dahulu (sama la dengan kakak abang saya) Tu pasal kalau mama beli permainan untuk cucu-cucu dia, kami tak suka betul. Nanti dorang leka tak nak belajar.
25. Mama saya kan, kalau ada sukan tahunan sekolah, dia mesti datang. tak kira la anak dia ada acara apa ke atau tak ada, dia tetap datang nak beri sokongan. Tak percaya ? pergi tanya kawan-kawan saya lagi.
26. Mama saya, ye dia kalut. Perangai turun temurun yang sekarang diwarisi oleh kami *kakak abang saya.
27. Mama saya, selalu support saya kalau saya nak buat itu ini padahal saya tahu dia nak membantah tapi dia tahu anak dia ni degil so dia meng-iya-kan juga.
28. Mama saya kan, selalu akan call balik kalau saya hanya misscall sahaja minta mama call saya balik. (perangai anak-anak dia)
29. Mama saya, kalau drive selagi tak rapat dengan bontot kereta depan selagi tu la dia tak brek slow kan kereta. Scary kalau siapa duduk sebelah dia.
30. Mama saya kan kan kan, kalau saya nak apa-apa macam saya nak beli baju ke nak beli handphone baru ke kasut ke barang-barang yang saya nak ke, dia tidak akan beli punya (kadang-kadang) Mesti dia cakap "pakai duit sendiri’’
Walaupun mama saya seperti saya list kan di atas, apa yang tak kena dengan mama kat saya ke, saya tak suka ke saya selalu cari pasal dengan mama ke saya selalu buat mama sakit hati dengan saya ke tapi saya tetap sayang dia. Mesti la sayang kan. Saya selalu terbayang macam mana kalau mama takda dah dengan saya.
Macam mana saya nak hidup kalau mama dah takda nanti. Mesti saya rindu.
Macam mana saya nak makan kalau saya tak kahwin lagi? Mesti saya rindu masakkan mama.
Macam mana kalau mama dah takda, saya nak cita-cita saya tercapai kalau mama dah tak support lagi ? Mesti saya kerja entah pape.
Macam mana kalau mama tade, saya nak improve English saya nanti? Mesti saya jadi bahan gelak orang nanti.
Macam mana kalau mama takda, saya nak jadi pandai sebab doa mama semua mama dah bawak pergi jauh-jauh ? Mesti saya jadi tak pandai nanti.
Sebab mama saya ada kat sini. Sebab mama saya jadi orang yang dibentuk oleh mama saya sendiri. Kalau saya teruk, anak tak kenang budi, anak hantu atau apa jua gelaran anak yang boleh menamakan saya itu teruk, jangan salahkan mama saya. Itu salah saya.
Saya rasa kesian dekat kawan-kawan saya yang dah ta punyai Ibu. Saya bertuah sangat sebab Allah bagi peluang lagi untuk saya, kakak-kakak, abang saya merasa kasih sayang dari mama. Kadang-kadang saya terfikir, tiba masa saya nak convo atau dah nak dikahwinkan, mama ada lagi ke tak masa tu tengok saya happy?
Selamat Hari Ibu, Mama. Adik doakan mama sihat, dianugerahkan tubuh dan akal fikiran yang kuat. Adik sayang mama more than everything. Mama selalu sabar dengan perangai adik, lagi lagi adik tipu mama tahun lepas. Sampai sekarang mama tak tahu yang adik pernah keluar masuk bilik disiplin tahun lepas.Terima kasih membawa adik ke hulur ke hilir selama 9 bulan 4 hari dengan beratnya adik ni selalu tendang-tendang perut mama dan melahirkan adik dengan lambat sebab ada halangan untuk adik keluar dan terpaksa kena bedah. Kalau la saya lahir lambat, mesti saya tak ada mama macam mama. Dan dan TERIMA KASIH sebab jaga adik time adik dekat hospital, ada satu dua hari tak nak kejut kan mama sampai nurse perasan yang adik dah terkapai kapai tangan tak boleh nafas dan pergi toilet sorang-sorang sampai tergelincir jatuh :’(
Terima kasih, Mama. I really love you so much!